REKOLEKSI KOMITI PELAYAN ALTARI SEPAROKI (R.K.P.A.S 2012)



Anda Berminat Menjadi Pelayan Altari???
Adakah anda merasa terpanggil untuk melayani di ladang tuhan???
Zon tuaran, zon tamparuli, zon kiulu, zon topokon, zon tenghilan, zon pukak dan zon lokub.
Jika ya? Berhubunglah terus kepada pengerusi komiti pelayan altar di zon atau chapel anda atau kategis di tempat anda!!!
Zon Tuaran : Cornelius Taimin-0105823780, Johnsson-0138927119
Zon Tamparuli : Charlton-0148647873, Marvin-0138891319
Zon Tenghilan : Rick Falco-0145558349
Zon Topokon : Nicholas Gangon-0148673506
Zon Kiulu, Zon Lokub dan Zon Pukak: Mclee Octivince-0195808792
Syarat-sayaratnya adalah:
1. Sudah menyambut.
2. Berumur 10 tahun keatas.
3. Mendapat kebenaran dari ibu bapa
4. Lelaki sahaja
Jadilah seperti mereka:










Tarikh: 12-13 Mac 2011
Masa: 2 hari 1 malam
Yuran: Rm20.00 sahaja
Tempat:
‘BERTUMBUH DAN BERAKAR DALAM IMAN’
Objektif Rekoleksi:
2. Menyahut seruan bapa suci untuk bertumbuh dan berakar dalam iman.
3. Mengeratkan hubungan K.P.A Paroki Tuaran dan Paroki Telipok
PERALATAN YANG PERLU DIBAWAH:
1. Keperluan peribadi.
2. Bibble.
3. Alat Tulis dan buku nota.
4. Baju sukan/kasut sukan.
5. Digalakan membawa khemah/sleeping beg.
Tuaran: Pada 30 ogos yang lalu seramai 80 pelayan altari dari semua zon dibawah paroki St. John Tuaran telah mengadakan pesta santo penaung bagi pelayan altari iaitu Santo Tarcisisius.
Pesta berkenaan telah diadakan di Chapel St. Lukas Rambai dan Divine Mercy Hill. Antara aktiviti yang diadakan ialah jalan salib, perkongsian alkitab di puncak bukit Divine Mercy, Makan bersama, membuat papan tanda untuk bukit tersebut dan mendoakan Kerahiman Ilahi.
Objektif akitviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat para pelayan altari untuk lebih bekerjasama didalam satu Paroki.
Aktiviti ini telah dilaksana oleh Komiti Pelayan Altar Paroki, Rev. Fr. Thomas Madanan dan Kategis Lucy Juani.
Kategis Lucy menyatakan rasa gembiranya ketika ditanya perasaannya, dia berkata, 'saya sangat gembira kerana Chapel kami dipilih oleh Komiti Pelayan Altari Paroki untuk mengadakan pesta Santo Penaung mereka.
Pengerusi K.P.A Paroki iaitu Amos menyatakan rasa gembira kerana aktiviti ini berjalan dengan lancar, dia menambah lagi bahawa dia memilih chapel ini kerana chapel ini baru sahaja menubuhkan Komiti Pelayan Altari di Chapel tersebut. Pada masa akan datang, mereka akan cuba mengumpulkan Pelayan Altari dari Paroki lain.
Rev. Fr. Thomas Madanan juga menyatakan kegembiraannya kerana dapat meraikan bersama-sama pelayan altari dari semua zon dibawah paroki St. John Tuaran.
Tuaran: Pada bulan ogos yang lalu seramai 10 pelayan altari di Chapel St. Lukas Rambai telah diberi latihan dan diberi bimbingan oleh K.P.A Zon Tuaran.
Penubuhan K.P.A di Chapel St. Lukas, Rambai itu adalah salah satu daripada persediaan umat-umat di chapel tersebut untuk bersedia dengan pembinaan chapel baru di kawasan tersebut.
Kategis Lucy Juani ketika ditanya memberitahu bahawa dia sangat gembira dengan penubuhan tersebut dan menyemarakan lagi semangat para umat di chapel tersebut untuk terus melayani bersama-sama.
Paderi Paroki Rev. Fr. Nicholas Stephen berkata, dia sangat gembira atas kerjasama dari umat di chapel tersebut bersama-sama dengan Komiti Pelayan Altari Paroki dan Komiti Pelayan Altari Zon Tuaran . Beliau menambah lagi, bahawa lebih banyak Komiti Pelayan Altari di bawah Paroki St. John Tuaran akan ditubuhkan seperti di Zon Pukak dan Zon Lokub.