Tuaran: Pada bulan ogos yang lalu seramai 10 pelayan altari di Chapel St. Lukas Rambai telah diberi latihan dan diberi bimbingan oleh K.P.A Zon Tuaran.
Penubuhan K.P.A di Chapel St. Lukas, Rambai itu adalah salah satu daripada persediaan umat-umat di chapel tersebut untuk bersedia dengan pembinaan chapel baru di kawasan tersebut.
Kategis Lucy Juani ketika ditanya memberitahu bahawa dia sangat gembira dengan penubuhan tersebut dan menyemarakan lagi semangat para umat di chapel tersebut untuk terus melayani bersama-sama.
Paderi Paroki Rev. Fr. Nicholas Stephen berkata, dia sangat gembira atas kerjasama dari umat di chapel tersebut bersama-sama dengan Komiti Pelayan Altari Paroki dan Komiti Pelayan Altari Zon Tuaran . Beliau menambah lagi, bahawa lebih banyak Komiti Pelayan Altari di bawah Paroki St. John Tuaran akan ditubuhkan seperti di Zon Pukak dan Zon Lokub.
No comments:
Post a Comment