Selamat datang ke blogspot Komiti Pelayan Altar Paroki St. John Tuaran Tuaran

Santo Penaung Pelayan Altar (St. Tarcisius) Feast Day on 15 August

Santo Penaung Pelayan Altar (St. Tarcisius) Feast Day on 15 August
St Tarcisius was a 12 year-old Roman acolyte, who was martyred for his defence of the Blessed Sacrament, in one of the fierce persecutions of the third century. He was carrying the Eucharist to those in prison, and was killed on the way while preventing its profanation. He is one of the patron saints of altar servers, and his example reminds us of the reverence that we must have for the Body of Christ when we are serving on the Sanctuary.

Thursday, September 6, 2012

ST JOSEPH THE WORKERS TOMBONGON, KIULU SAKSI SEJARAH PENUTUPAN BULAN PESTA SANTO TARCISIUS YANG BERMAKNA BAGI PELAYAN ALTARI PAROKI ST. JOHN TUARAN














Tuaran: Pada 25 Ogos 2012 yang lalu, St. Joseph Tombongon, Kiulu telah menjadi tempat bersejarah bagi Komiti Pelayan Altari Paroki St. John Tuaran kerana telah menjadi saksi atas kejayaan KPA Paroki St. John Tuaran kerana berjaya mengadakan aktiviti Bulan Pesta Santo Tarcisius dengan sempurnanya yang diakhir dengan Jalan Salib, Doa Devine Mercy dan aktiviti memperdalamkan lagi ilmu pengetahuan tentang tugas sebagai Pelayan Altari.

Bermulanya aktiviti menghadiri Pentahbisan menjadi paderi pada 4 ogos 2012 dan diikuti dengan sepanjang bulan ogos yang lalu pelayan altari paroki st. john Tuaran akan berdoa 1 kali bapa kami, 3 kali salam maria dan 1 kali kemuliaan pada setiap 9.00 malam bermula 1 ogos 2012 hingga 31 ogos 2012. Pembentukan KPA baru di Zon Lokub pada 18 ogos 2012 adalah salah satu aktiviti bagi bulan pesta Santo Tarcisius, perlawanan Painball pada 21 ogos 2012 dan aktiviti terakhir adalah Penutupan Bulan Pesta Santo Tarcisus di St. Joseph Tombongon, Kiulu.

Aktiviti yang dijalankan seperti ini adalah buat julung-julung kali diadakah oleh KPA Paroki St. John Tuaran. Sepanjang aktiviti KPA berlangsung yang diketuai oleh Mclee Metha dan Amoster Henry, ia berjalan dengan baik walaupun ada beberapa rintangan dan kesilapan tetapi ia masih boleh diperbaiki.

Koordinator program Amoster Henry, Pengerusi program Mcleer Metha, Setiausaha program Lucian Linus, Bendahari program Anna Andrew dan semua AJP-AJP kecil bagi program ini mengucapkan syabas dan tahniah atas sokongan padu dari KUK Zon Lokub,
KUK Zon Pukak dan KUK Zon Tuaran serta umat-umat yang telah memberi sumbangan kepada KPA Paroki sepanjang aktiviti ini berlangsung. Tidak lupa juga kepada Paderi Paroki Re. Fr. Nicholas Stephen dan Pembantu Paderi Paroki Rev. Fr. Thomas Madanan terima kasih atas dorongan anda dan sokongan padu anda melalui doa sepanjang aktiviti ini berjalan.

Sekalung penghargaan kepada bekas Penasihat bagi Komiti Pelayan Altari Paroki St. John Tuaran iaitu Rev Fr. Rayner Bisius atas sumbangannya kepada Komiti sebelum ia bertolak menyambung pelajaran pada Jun lalu, kami KPA Paroki St. John Tuaran akan menyokong Fr. Rayner Bisius melalui doa, terima kasih Fr Rayner atas transformasi yang diberi oleh Fr. Rayner.

No comments:

Post a Comment

Blog Arkib