Tuaran: Pada 18 Ogos 2012 yang lalu seramai 15 AJP KPA Paroki
St. John Tuaran telah turun padang untuk Pembentukan Komiti Pelayan Altari Zon
Lokub di bawah Paroki Tuaran. Syukur kepada Tuhan kerana seramai 19 Pelayan
Altari baru telah diberikan penerangan, pengenalan dan latihan untuk menjadi
Pelayan Altari dan melayani di Zon mereka sendiri.
Zon Lokub yang terletak kira-kira 28km
dari Pekan Tuaran telah menghadiahkan seramai 19 Pelayan Altari Zon Lokub
termasuk 4 dari Chapel Gaya Ratau dan kesemua mereka berumur antara 8 hingga 13
tahun dan baru menerima Komuni Pertama oleh Rev. Fr Rayner Bisius pada April
yang lalu.
Pengerusi bagi program ini iaitu Mcleer
Metha yang juga Pengerusi KPA Zon Kiulu berkata, dia sangat gembira dengan
penganjuran program ini walaupun mempunyai banyak halangan untuk sampai ke
tempat itu namu oleh berkata Tuhan akhirnya mereka sampai juga ke Zon itu.
Untuk makluman, walapun KPA Zon Lokub
dan KPA Zon Pukak telah ditubuhkan, namun pentadbiran mereka masih dibawa KPA
Zon Kiulu dan dipantau oleh KPA Paroki St. John Tuaran yang diketuai oleh
Amoster Henry Inter.
No comments:
Post a Comment