Tuaran: Pada 25 Ogos 2012 yang lalu, St. Joseph Tombongon,
Kiulu telah menjadi tempat bersejarah bagi Komiti Pelayan Altari Paroki St.
John Tuaran kerana telah menjadi saksi atas kejayaan KPA Paroki St. John Tuaran
kerana berjaya mengadakan aktiviti Bulan Pesta Santo Tarcisius dengan
sempurnanya yang diakhir dengan Jalan Salib, Doa Devine Mercy dan aktiviti memperdalamkan
lagi ilmu pengetahuan tentang tugas sebagai Pelayan Altari.
Bermulanya aktiviti menghadiri
Pentahbisan menjadi paderi pada 4 ogos 2012 dan diikuti dengan sepanjang bulan
ogos yang lalu pelayan altari paroki st. john Tuaran akan berdoa 1 kali bapa
kami, 3 kali salam maria dan 1 kali kemuliaan pada setiap 9.00 malam bermula 1
ogos 2012 hingga 31 ogos 2012. Pembentukan KPA baru di Zon Lokub pada 18 ogos
2012 adalah salah satu aktiviti bagi bulan pesta Santo Tarcisius, perlawanan
Painball pada 21 ogos 2012 dan aktiviti terakhir adalah Penutupan Bulan Pesta
Santo Tarcisus di St. Joseph Tombongon, Kiulu.
Aktiviti yang dijalankan seperti ini
adalah buat julung-julung kali diadakah oleh KPA Paroki St. John Tuaran.
Sepanjang aktiviti KPA berlangsung yang diketuai oleh Mclee Metha dan Amoster
Henry, ia berjalan dengan baik walaupun ada beberapa rintangan dan kesilapan
tetapi ia masih boleh diperbaiki.
Koordinator program Amoster Henry,
Pengerusi program Mcleer Metha, Setiausaha program Lucian Linus, Bendahari
program Anna Andrew dan semua AJP-AJP kecil bagi program ini mengucapkan syabas
dan tahniah atas sokongan padu dari KUK Zon Lokub,
KUK Zon Pukak dan KUK Zon Tuaran serta umat-umat
yang telah memberi sumbangan kepada KPA Paroki sepanjang aktiviti ini
berlangsung. Tidak lupa juga kepada Paderi Paroki Re. Fr. Nicholas Stephen dan
Pembantu Paderi Paroki Rev. Fr. Thomas Madanan terima kasih atas dorongan anda
dan sokongan padu anda melalui doa sepanjang aktiviti ini berjalan.
Sekalung penghargaan kepada bekas
Penasihat bagi Komiti Pelayan Altari Paroki St. John Tuaran iaitu Rev Fr.
Rayner Bisius atas sumbangannya kepada Komiti sebelum ia bertolak menyambung
pelajaran pada Jun lalu, kami KPA Paroki St. John Tuaran akan menyokong Fr.
Rayner Bisius melalui doa, terima kasih Fr Rayner atas transformasi yang diberi
oleh Fr. Rayner.