Tuaran: Pada 18 Mac 2012 yang lalu, satu lagi sejarah telah dicipta oleh Komiti Pelayan Altari Zon Tuaran yang mana sebanyak 33 Pelayan Altari telah diutus untuk melayani sebagai Pelayan Altari di Zon Tuaran dan Chapel-chapel di bawah Zon tersebut. Antara Pelayan Altari dari chapel-chapel adalah St. Anthony Kauluan dan St. Lukas Rambai.
Acara yang disaksikan oleh para ibu bapa Pelayan Altari dan umat-umat yang menghadiri misa pada pukul 10.30 pagi itu. Misa dikendalikan oleh Rev. Fr. Rayner Bisius. Dalam homilinya, Fr. Rayner Bisius menyatakan bahawa dia menekankan tentang pentingnya tanggungjawab sebagai pelayan altari dan kesedaran tentang tugas masih-masih semasa melayani dan bukan sekadar untuk menjadi popular.
Tambahan dalam homili Fr. Rayner adalah, sebagai Pelayan Altari, kita haruslah membawa identi kita sebagai Pelayan Altari di dalam mahu di luar Gereja.
Pengutusan yang diketuai oleh, P.A Amoster dan P.A Cornelius yang juga pengerusi dan timbalan pengerusi Komiti Pelayan Altari Paroki St. John Tuaran. Kesemua Pelayan Altari yang mengucapkan janji dengan semangat yang berkobar-kobar.
Selepas misa pengutusan, para Pelayan Altari makan bersama di bilik St. Margetha, Bangunan A.A. Semasa ucapan sebelum makan, Fr. Rayner Bisius menyatakan kegembiraannya dengan semangat yang ada pada Pelayan Altari semasa menyertai rekoleksi yang berlangsung di St. Francis Minagkob dan semasa ikrar pengutusan.
Dalam masa yang sama, P.A Cornelius Taimin, Pengerusi Komiti Pelayan Altari Zon Tuaran menyatakan kegembiraannya yang tidak terhingga diatas kerjasama yang ditunjukan oleh Pelayan Altari Zon Tuaran dan berharap kerjasama ini akan diteruskan di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment