KENINGAU: Atas inisiatif Keuskupan Keningau sempena musim cuti sekolah yang lalu, dianjurkan program “Khemah Pelayan Altar” di Dataran Keuskupan, bermula Mac 15- 17 lalu. Khemah yang berlangsung selama tiga hari ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelayan Altar lelaki dan perempuan. Masing-masing membina khemah di kawasan yang disediakan.
Selepas pendaftaran, para peserta mengikuti Misa Pembukaan dan ceramah pertama. Pada pagi hari Rabu, program ini dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk “Tatacara Liturgi dan Ekaristi” oleh Fr Gilbert Lasius dan tayangan video serta sesi soal jawab.
Seterusnya, para peserta berpeluang mendengar ceramah ketiga daripada Fr Justin Joanes SJ bertajuk “Cabaran Pengislaman” dan “Jangan takut” serta ceramah motivasi. Khemah diakhiri dengan acara Misa pengutusan pada hari Khamis, yang dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong bersama para paderi dan pembimbing rohani pelayan Altar, Fr Ronnie Luni.
Di dalam amanatnya Uskup me rakamkan tahniah dan bersyukur ke rana cabaran semasa sebelum dan semasa program khemah dijalankan berjaya diatasi dan program tersebut mencapai sasaran serta objektif. Katanya pada masa akan datang program seumpama ini akan diteruskan dan mencadangkan pada tahun hadapan, Khemah Pelayan Altar dijalankan mengikut Zon Pedalaman Bawah dan Pedalaman Atas pada tahun 2013, Khemah ini akan diadakan semula di Katedral St Francis Xavier Keningau.
Uskup Cornelius percaya usaha murni di dalam Khemah ini yang mahu memupuk kerjasama di kalangan para pelayan altar diperdalamkan dan dicapai melalui perkongsian semasa sesi-sesi di dalam program ini. Jelas Uskup, cadangan untuk mengadakan khemah pelayan altar secara zon pada tahun hadapan akan dapat memberi peluang dan masa untuk meningkatkan lagi mutu pengurusan program akan datang.
Menurut Uskup, khemah tersebut bukan sahaja memantapkan kerjasama tetapi membentuk disiplin serta membangun iman sesuai dengan ajaran Gereja Katolik. Sementara itu, para peserta Khemah ini memperlihatkan semangat dan kerjasama mereka melalui sesi-sesi ceramah, aktiviti soal jawab dan perkongsian iman . Steve Clver 12, salah seorang peserta Khemah ini berkata program tersebut memberikannya pengalaman berharga dan mendalami peranannya sebagai pelayan Altar. — Roger Binson & Francis Andin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment