Paderi Paroki bergambar bersama-sama semua Pelayan Altar Paroki Tuaran.
Paderi Paroki bergambar bersama-sama Ajp Komiti Pelayan Altar Paroki St John Tuaran.
TUARAN: Pada 18 Mac 2011 Paroki St John Tuaran telah mencipta sejarah. Hampir 80 orang Pelayan Altar Paroki Tuaran telah berkumpul di gereja Tuaran untuk menghadiri Rekoleksi Komiti Pelayan Altar Separoki 2011. Pelayan Altar tersebut terdiri dari 5 Zon dibawah Paroki St John Tuaran iaitu Zon Tuaran, Zon Tamparuli, Zon Kiulu, Zon Topokon dan Zon Tenghilan.
Rekoleksi itu diadakan bertujuan untuk menyedarkan kepada Pelayan Altar tentang memahami fungsi sebagai Pelayan Altar, menerangkan kepada Pelayan Altar tentang berjalanan Liturgi pada masa kini terutamanya yang melibatkan tentang General Introduction Roman Misale (G.I.R.M) dan Pembentukan Ahli Jawatankuasa Pelayanan Komiti Pelayan Altar Paroki St John Tuaran.
Sesi pada Rekoleksi ini dijalankan oleh Semenarian Rhobby dan Semenarian Daniel. Semasa Misa Penutup yang dikendalikan oleh Paderi Paroki Rev. Fr. Nicohlas Stephen memberitahu bahawa dia beliau berharap agar 17 orang dari 80 orang Pelayan Altar yang menghadiri Rekoleksi pada hari ini akan menyahut panggilan dari Tuhan seperti menjadi paderi dan raligius.
Rekoleksi ini juga telah membentuk Ahli Jawatankuasa Pelayanan untuk Komiti Pelayan Altar Paroki St John Tuaran 2011 - 2013. Dalam Komiti ini, semua perawkilan dari 5 Zon telah dipilih.
No comments:
Post a Comment