Tarikh : 25 Mac 2012
Masa : selepas misa kedua
Tempat : Gereja St. John Tuaran
Nota : Semua pelayan altari zon Tuaran dan Chapel St. Lukas Rambai dan St Anthony Kauluan, diwajipkan hadir.
Selamat datang ke blogspot Komiti Pelayan Altar Paroki St. John Tuaran Tuaran
Santo Penaung Pelayan Altar (St. Tarcisius) Feast Day on 15 August
St Tarcisius was a 12 year-old Roman acolyte, who was martyred for his defence of the Blessed Sacrament, in one of the fierce persecutions of the third century. He was carrying the Eucharist to those in prison, and was killed on the way while preventing its profanation. He is one of the patron saints of altar servers, and his example reminds us of the reverence that we must have for the Body of Christ when we are serving on the Sanctuary.
Sunday, March 18, 2012
23 Mac 2012 Memimpin Jalan Salib 6.00petang
Kepada semua Pelayan Altari Zon Tuaran,
Jangan lupa Jumaat ni kita memipin dalam upacara Jalan Salin 6.00petang,
Semua wajip hadir.
Pakai baju tshirt kita k.
God bless Us...
Melayani dalam Iman dan Cintakasih.
Amen...
Wednesday, March 14, 2012
Pengutusan Pelayan Altari Paroki St. John Tuaran
Pengutusan Pelayan Altar zon Tuaran 18hb mac jam 10.30, zon Topokon 25hb mac 8.00am, zon Tenghilan 25hb mac juga jam 10.30am..semua pelayan altar yg ikut rekoleksi layak n wajib ikut pengutusan.
Sesiapa yang tiada pergi ke Rekoleksi sila berjumpa dengan Rev Fr. Rayner Bisius.
Semasa Pengutusan sila pakai Jubah dan bawa buku Rekoleksi,
Terima Kasih.
Tuesday, March 13, 2012
TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAYAN ALTARI YANG TELAH MENYERTAI REKOLEKSI INI
Rekoleksi Komiti Pelayan Altari 2012 Gabungan 2 Paroki Melayani Dalam Iman dan Cintakasih serta Bertumbuh dan Berakar dalam Iman
Para Pelayan Altari bergambar bersama-sama selepas Misa Penutup.
Antara Ajp yang sedang bertugas ketika Rekoleksi.
Lawatan ke St. Catherine kampung Tomis Baru.
Tuaran: Seramai 80 Pelayan Altari dari Paroki St. John Tuaran dan Paroki Holly Family Telipok telah berkumpul di St. Francis, Minangkob untuk mengadakan Rekoleksi Komiti Pelayan Altari yang berlangsung selama 2 hari 1 malam pada 12 hingga 13 Mac 2012.
Rekoleksi itu telah dianjurkan oleh Komiti Pelayan Altari Paroki St. John Tuaran. Berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah, lawatan ke St. Catherine, Kampung Tomis Baru dan sesi ceramah tentang pelayanan selepas tamat persekolahan dan mengembalikan semangat pelayanan sebagai Pelayan Altari. Kedua-dua ceramah tersebut telah dikendalikan oleh Semenarian Mitchelly Kiun dan Semenarian Tony Bingkuan.
Sesi ceramah terakhir dikendalikan oleh Rev. Fr. Rayner Bisius yang juga celebrant pada misa penutup Rekoleksi tersebut. Sesi ceramah yang dikendalikan oleh Rev. Fr. Rayner Bisius adalah mengenai Iman sebagai seorang Katolik dan Pelayan Altari.
Untuk rekod seramai 68 Pelayan Altari dari Paroki St. John Tuaran telah menyertai Rekoleksi ini dan 12 lagi dari Pelayan Altari Paroki Holly Family Telipok yang diketuai oleh Hameliza Lisayoung.
Menurut Pengerusi Rekoleksi Komiti Pelayan Altari Separoki (R.K.P.A.S) 2012 iaitu Mclee Octivince, dia sangat gembira dengan kejayaan rekoleksi ini dan bangga kerana Rekoleksi ini berjaya mengeratkan lagi hubungan Pelayan Altari Paroki St. John Tuaran dan Pelayan Altari Paroki Holly Family Telipok.
‘Kejayaan Rekoleksi ini adalah kerana semangat dan komitmen Ajp Rekoleksi dan sokongan dari Koordinator Rekoleksi ini iaitu Amoster Henry yang juga Pengerusi Komiti Pelayan Altari Paroki St. John Tuaran, sesuai dengan tema pada tahun ini yang dipilih iaitu Melayani Dalam Iman dan Cintakasih serta Bertumbuh dan Berakar dalam Iman’ kata pengerusi Rekoleksi KPA ini.
Dalam perkembangan yang lain, Pengerusi KPA Tuaran iaitu Amoster Henry mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi KPA Telipok Nicholas Putra dan Timbalannya Jecqueline kerana memberi respon kepada aktiviti yang telah dijalankan dan berharap agar aktiviti sebegini akan diteruskan di masa akan datang.
Tuesday, March 6, 2012
Novena Untuk Kejayaan Rekoleksi KPA Paroki St. John Tuaran dan Holy Family Telipok
Kepada semua KPA Paroki Tuaran dan Telipok,
Berdoalah 1 Bapa kami, 3 Salam Maria dan 1 Kemulian
setiap Pukul 9.00pm dari 4 Mac 2012 hingga 11 Mac 2012
untuk kejayaan Rekoleksi kita pada tahun ini.
Tuhan memberkati kita semua.
Friday, March 2, 2012
MESYUARAT ADHOC REKOLEKSI KOMITI PELAYAN ALTARI PAROKI 2012 (R.K.P.A.S 2012)
Tarikh : 4 Mac 2012
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik St. Margetha, Bangunan A.A.
Sasaran : Semua AJP Adhoc RKPAS 2012
1. Amoster Alex
2. Cornelius Taimin
3. Mclee Octivience
4. Queenilisi Ligadu
5. Clementina
6. Rick Falco
7. Maximus Gedeon
8. Nicholas Gangon
9. Lucian Linus
10. Marlvin Voo
11. Charlton
12. Rayner Clement
13. Nelton Joseph
Telipok:
1. Nicholas Putra
2. Jecqueline
Keningau:
1. Terrance
Subscribe to:
Posts (Atom)







