Selamat datang ke blogspot Komiti Pelayan Altar Paroki St. John Tuaran Tuaran

Santo Penaung Pelayan Altar (St. Tarcisius) Feast Day on 15 August

Santo Penaung Pelayan Altar (St. Tarcisius) Feast Day on 15 August
St Tarcisius was a 12 year-old Roman acolyte, who was martyred for his defence of the Blessed Sacrament, in one of the fierce persecutions of the third century. He was carrying the Eucharist to those in prison, and was killed on the way while preventing its profanation. He is one of the patron saints of altar servers, and his example reminds us of the reverence that we must have for the Body of Christ when we are serving on the Sanctuary.

Tuesday, October 18, 2011

KOMITI PELAYAN ALTARI PAROKI ST. JOHN TUARAN MERAIKAN PESTA SANTO PENAUNG PELAYAN ALTARI SANTO TARCISISUS


Tuaran: Pada 30 ogos yang lalu seramai 80 pelayan altari dari semua zon dibawah paroki St. John Tuaran telah mengadakan pesta santo penaung bagi pelayan altari iaitu Santo Tarcisisius.

Pesta berkenaan telah diadakan di Chapel St. Lukas Rambai dan Divine Mercy Hill. Antara aktiviti yang diadakan ialah jalan salib, perkongsian alkitab di puncak bukit Divine Mercy, Makan bersama, membuat papan tanda untuk bukit tersebut dan mendoakan Kerahiman Ilahi.

Objektif akitviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat para pelayan altari untuk lebih bekerjasama didalam satu Paroki.

Aktiviti ini telah dilaksana oleh Komiti Pelayan Altar Paroki, Rev. Fr. Thomas Madanan dan Kategis Lucy Juani.

Kategis Lucy menyatakan rasa gembiranya ketika ditanya perasaannya, dia berkata, 'saya sangat gembira kerana Chapel kami dipilih oleh Komiti Pelayan Altari Paroki untuk mengadakan pesta Santo Penaung mereka.

Pengerusi K.P.A Paroki iaitu Amos menyatakan rasa gembira kerana aktiviti ini berjalan dengan lancar, dia menambah lagi bahawa dia memilih chapel ini kerana chapel ini baru sahaja menubuhkan Komiti Pelayan Altari di Chapel tersebut. Pada masa akan datang, mereka akan cuba mengumpulkan Pelayan Altari dari Paroki lain.

Rev. Fr. Thomas Madanan juga menyatakan kegembiraannya kerana dapat meraikan bersama-sama pelayan altari dari semua zon dibawah paroki St. John Tuaran.

No comments:

Post a Comment

Blog Arkib